UMNO/BN
DAN REGIM MAHATHIR MENANTI AJAL..!!
KITA
tidak menyangka TPM Abdullah Badawi begitu bebal fungsinya. Menurut beliau di
Utusan Malaysia:
"….ahli UMNO tidak akan membenarkan kepimpinan UMNO
dipermainkan, diperkecilkan dan dihina, malah kekuatan UMNO adalah kerana ahlinya
yang setia kepada pemimpin. Pembangkang merasakan dengan menyerang Dr. Mahathir
(character assassination) secara berterusan, ahli UMNO akan meninggalkan atau
menyingkirkan beliau….."
Hamman Berkongsi Darjat Dengan Firaun
Teringat
kita kepada kesah Firaun yang memerintah Mesir 4,500 tahun dulu. Waktu itu
keagungan diri si Firaun itupun berpunca dari nafsu rakusnya yang mahukan umat
manusia mengakui dirinya sebagai Tuhan. Digunakanlah bala tentera dan pengintip di kalangan
puak upahannya untuk mencari sesiapa yang tidak mentaati perintahnya.
Hamman
yang menjadi ketua penyebar ‘PR’ beliau begitu peka dengan arahan itu. Beliau
berkhutbah dan menggubal pelbagai undang-undang dan peraturan memaksa rakyat
mengakui bahawa Firaun itu adalah Tuhan. Didirikan piramid sebagai lambang
kemegahan yang mengabadikan Firaun yang dikuburkan di situ.
Andainya
didapati sesiapa yang ingkar dan cuba tidak patuh dengan menidakkan
‘ketuhanan’ Firaun, mereka akan diseksa dengan kejam sebelum dibunuh tanpa
dibicarakan dengan sempurna.
Kita dengar bagaimana keluarga Masyitah
menerima hukuman Firaun kerana membantah kemahuan Tuhan palsu itu. Satu keluarga digoreng
dalam minyak panas yang menggelegak – termasuk seorang bayi yang belum pandai
berkata-kata di pangkuan si ibu.
Dengan izin Allah swt. yang maha berkuasa,
maka si bayi itu telah memperkuatkan keimanan si ibu yang berbelah bagi hatinya
sewaktu mereka akan ditolak ke dalam kawah minyak yang panas mendidih.
Berakhirlah
satu episod kezaliman sebuah pemerintahan angkuh sombong lagi riak yang cuba
menegakkan kemungkaran paling terkutuk dalam sejarah manusia. Allah swt sengaja
menurunkan cerita itu kepada umat manusia bahawa di akhir zaman akan berlaku jua pemerintahan
seumpama itu.
Hari ini kita sudah nampak pelbagai contoh menyerupai episod
seumpama itu berlaku di tanahair kita. Kita nampak sekarang bagaimana “Si
Hamman” sudah mulai menjalankan aturcara karenah puaknya. Sudah diwarwarkan
paksaan ke atas rakyat dengan maksud menegah umat manusia supaya jangan
mempermain, memperkecil dan menghina ketua “Nombor Wahid” mereka.
Dihasut
dan diyakinkanlah rakyat jelata kununnya kekuatan puak mereka adalah kerana kaum
mereka adalah setia kepada pemimpin yang disanjung setinggi langit. Tidak ini
membayangkan zaman Firaun sudah berulang di negara ini? Sama-samalah kita
berfikir!
Dollah Menjadi Alat Propaganda Peribadi “MahaFIRAUN”
Sebagai
TPM, tidak sangka Dollah boleh berkata:
"…Usaha pembangkang
memburuk-burukkan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bagi menggambarkan beliau
sebagai 'orang jahat dan beban' kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan
berjaya. Walaupun pelbagai cara digunakan, pembangkang akan hampa akhirnya kerana
ahli UMNO kenal siapa pemimpin yang mereka pilih…."
Bertanya kita kepada Dollah: Apakah Firaun
diburuk-burukkan oleh Nabi Musa a.s. dengan sengaja? Tidakkah Firaun sendiri yang
berkarenah menyalahi seruan Allah swt. dengan melakukan pelbagai kekejaman dan
kezaliman – hingga Jibril diutus Allah swt dengan wahyu yang terang kepada Musa
a.s. bahawa kuasa manusia tidak sempurna dan hayat manusia tidak sampai ke mana.
Sesungguhnya Allah jua yang Maha Berkuasa atas segala-galanya!
Dengan itu,
jelaslah kepada hamba Allah swt yang lahir kemudian supaya jangan keterlaluan
mengangkat manusia yang berkuasa hingga kejahatan dirinya dibiarkan ditafsir
sebagai kebaikan pula.
Jika itu dilakukan bermakna kelompok itu sudah
terang-terang menafikan ajaran nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutus dengan
bermacam wahyu yang memberi petunjuk dan panduan bahawa manusia harus mengikis
perasaan “terlalu mengagungkan” ketua yang merosakkan rakyat secara
bersembunyi.
Jauh Sangat Dollah Terpesong
Selagi Dollah
seolah-olah tidak nampak dengan sengaja membutakan mata memekakkan telinga
terhadap Kezaliman yang dilakukan oleh ‘godfather’nya (kerana beliau diberi
tugas sehina itu oleh si MahaFIRAUN yang memberi beliau kedudukan sebagai “orang
nombor dua”); sekaligus Dollah akan disamakan oleh rakyat menjalankan berfungsi
yang sama taranya dengan Hamman!
Untuk membantu Dollah berfikir,
perhatikanlah sebahagian dari puluhan kemungkaran yang diketahui rakyat, kini
telah dilakukan pula oleh si MahaFIRAUN itu – antaranya si MahaFIRAUN ini:
1)
telah mendirikan mahligai ‘sejenang kuda berlari’ untuk diri dan keluarganya,
sementara rakyat yang miskin menitiskan airmata mengongkosi perbelanjaan membinaannya.
Bandingkanlah kediaman ribuan rakyat miskin yang berteduh di bawah kepingan atap
nipah bocor dan berdinding pelupuh. Adilkah itu?
2) mengaut ringgit dan sen
dari kocek rakyat tanpa segan silu untuk menampung kerakusan nafsu-nafsi
anak-bini, kroni dan kuncu-kuncu si MahaFIRAUN ini. Bandingkan, satu juta rakyat
di Terengganu yang mengharapkan punca rezeki dari khazanah kurniaan Allah swt.
telah diputar belit oleh kelompok si MahaFIRAUN (termasuk Dollah) ini; apakah itu
bentuk Keadilan yang diamalkan oleh puak ini dalam membahagi-bahagikan kekayaan
harta dunia?
3) melakukan rasuah dan penyelewengan hak dan harta rakyat
hingga sanggup mengaut tanah rakyat tanpa mengikut peraturan yang dipersetujui
rakyat. Bandingkanlah berapa jumlah rakyat yang terseksa kerana gubuk buruk mereka
diruntuhranapkan dengan bulldozer oleh jentera pentadbir si MahaFIRAUN ini
semata-mata kerana mereka menumpang di bumi Allah ini. Masih tidak zalim kah itu?
4)
melakukan pelbagai adu-domba ke atas rakyat yang ingin hidup harmoni demi
kepentingan politik dan kerakusan kuasa si MahaFIRAUN itu. Apa bentuk masyarakat
yang terbina sekiranya gejala syak dan waham menjadi budaya rakyat akibah mengikut
ragam karenah si MahaFIRAUN?
5) memburu dan menyiksa rakyat yang menuntut
hak asasi mereka sebagai hamba Allah swt; sementara si MahaFIRAUN ketawa
berdekah-dekah melihat seorang insan yang memperjuangkan keadilan dipenjara dan
disiksa oleh tangan zalim beliau. Dimanakah sifat kemanusiaan si MahaFIRAUN ini?
Adakah Dollah masih beranggapan si MahaFIRAUN itu wajar dibersihkan namanya?
Itu
cuma 5 perkara saja. Jika ditanya rakyat, mungkin jumlah kebusukan dan kejahatan
si MahaFIRAUN ini sebanyak bintang di langit.
Kejahatan Pasti Akan
Menerima Balasan Allah swt
Jika Dollah hendak menegah paksa rakyat
menutup mulut, bayangkanlah banyaknya air di takungan empangan Aswan di Mesir.
Bayangkan juga apa akan jadi sekiranya empang “kemarahan” rakyat itu pecah –
pasti UMNO/BN yang semakin mengerdil itu akan tenggelam di dasar limpahannya.
Firaun
tenggelam menemui ajal di Laut Merah atas kehendak Allah swt. Jika Allah swt
menghendaki UMNO/BN dan regim Mahathir musnah habis kikis di bumi bertuah ini,
tidak ada satupun pemimpin dan penyokong parti itu akan terselamat.
Dari
apa yang nampak sekarang, peristiwa di Lunas cuma ‘bayang-bayang’ kilat yang
memancar. Bagaimana jika disekalikan dengan guruh-petir, kilat sabung menyabung di
seluruh negara; tidakkah akan gempa bumi bertuah ini? Termampukan kuasa anda
memadamkan api yang membakar kelak?
Sesungguhnya, perancangan Allah Maha
Hebat melebihi perancangan hambanya. Regim Firaun tidak kekal hingga kiamat.
Begitu juga UMNO/BN dan Regim Mahathir MahaFIRAUN ini, insya-Allah. Bila tiba masa
hukuman Allah swt itu dikehendaki-Nya berlaku, bukit batu batan yang begitu kuat
pun pecah berkecai menjadi debu.
Perancangan umat yang zalim tidak akan
mendapat restu Allah swt. Percayalah!!
Amin Sapiro (BEKAS ahli UMNO atas
Pagar Berduri)
|